Sunday, August 15, 2010

Lawatan tapak di pinggir bandar Metropolitan Johor Bahru

Terdapat beberapa isu dan masalah yang melanda penduduk kampung pinggir bandar di Johor Bahru yang secara langsung membuka mata dan paradigma saya sendiri tentang nasib mereka di tengah-tengah arus pembangunan Johor Bahru yang kian pesat membangun. Antara isu yang dapat dilihat ialah masa depan penduduk kampung ini seperti " berada dihujung tanduk". Contoh yang ketara ialah Kg Melayu Lima Kedai dimana penduduk tempatan seperti menanti pembangunan datang kepada mereka dan seterusnya mengenggelamkan mereka dan seterusnya imej kampung tersebut hilang begitu sahaja.
Jalan pintu masuk Kg Melayu Lima Kedai yang kelihatan sempit
             Kawasan sekitar Kg Melayu Lima Kedai yang dijadikan tempat perbuangan bahan pembinaan.

Kawasan Pekan Lama Gelang Patah  juga kelihatan seperti "hidup segan mati tak mahu" dimana pekan kecil ini seolah2 mati. Walaupun tidak berkesempatan untuk menanyakan  luahan isi hati penduduk setempat disitu akan keadaan yang menghimpit mereka tetapi saya sendiri telah memabaca kain rentang mutiara kata yang digantung di salah sebuah kedai makan di pekan tersebut. Setelah membaca kata2 tersebut ini jelas membuktikan bahawa penduduk setempat terasa terhimpit dengan masalah arus pembangunan yang menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa di tanah mereka sendiri.Adakah penduduk tempatan sama-sama menikmati faedah pembangunan yang dijalankan pada masa kini?






13 comments:

  1. salam dinot..dina pun amat teruja dgn lawatan brsama dr ari tu.
    diba kasihan melihat nasib2 org melayu (kg lima kedai)terutamanya yg seakan2 tidak terbela. mereka ibarat dihalau dr kg halaman mereka sendiri.
    terbuka hati diba untuk menjadi planner yg bijak menagtur pmbanguan agar tiada gfolongan pun yg terpinggir..

    ReplyDelete
  2. betul2..apa yang saya lihat, walaupun banyak pembangunan yang wujud di sekitar kampung tersebut , tapi x memberi kesan atau faedah pun kepada kampung tersebut seolah-olah kampung tersebut tidak wujud pada pandangan pemaju pembangunan. Pemaju lansung tidak mengambil berat terhadap kepentingan peduduk kampung tersebut dan sama-sama menyumbang pembangunan kepada kampung tersebut.

    ReplyDelete
  3. Sedih memang sedih...Kampung-kampung seperti ini perlu pembelaan politik dan jururancang. Kesedaran dari semua pihak amat perlu.

    ReplyDelete
  4. sebagai pemaju yang ingin menjalankan aktiviti pembangunan, seharusnya mengambil kira semua aspek dan kepentingan masyarakat dan alam sekitar. kampung-kampung yang dihimpit arus pembangunan sememangnya mendapat perhatian serius supaya keselesaan dan kepentingan mereka terjamin.

    ReplyDelete
  5. sedey melihat keruntuhan nilai identiti kg yg semakin ditelan kemajuan,,alangkah baiknya kalo isu ini terus dibangkitkan...

    ReplyDelete
  6. mcm dr ckp,..perlukan pembelaan politik dan jururancang. yang satu tu luar kawalan kite tapi kite sebagai bakal jururancang yang cemerlang :) nanti kene pikirkan cara2 sesuai nak rancang kawasan terutama kawasan pinggir bandar.

    ReplyDelete
  7. Pada saya perlu diberi perhatian yang serius supaya pembangunan bergerak seiringan sama ada di bandar atau dikawasan pinggir bandar.Semua pihk yang telibat perlu sama- samamemikirkan cara yang terbaik bagi meningkat dan merancakkan lagi kemajuan sesebuah kawasan.Ingat tidak salah untuk melakukan pembangunan tetapi perlu juga memikirkan kesannya.

    ReplyDelete
  8. Bagi saya memang menyedihkan keadaan kampung ini. Perlu pembelaan yang sewajarnya daripada pihak tertentu.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah terfikir saya masih ada lagi kg yang mcm ini..sememangnya nampak sgt penduduk tidak berpuas hati terhadap pembangunan kg mereka..btul kata dr,pembelaan politik serta planner amat penting..Tp tgok pd kg ini,shrusnya ahli2 politik kwsan tersebut perlu trun pdg bg melihat permsalahan di kwsan jajahan mereka..Dengan itu,merka dpt mndegar sndiri keluhan rykat kemudian mngmbil inisiatif yng trbaik yang melibatkan jururancang dan sbgainya...

    ReplyDelete
  10. BERSAMALAH RAKYAT MENGURANGKAN PENINDASAN!!
    TIADA ORANG YANG BERJAYA TANPA MASA LALU,
    DAN TIADA ORANG YANG TIADA MASA LALU AKAN BERJAYA.

    JANGAN TANYA SUMBANGAN NEGARA KEPADA KITA,TANYALAH PADA HATI,APA SUMBANGAN KITA UNTUK RAKYAT DAN NEGARA.

    p/s:Muliakah tangan dibawah??

    Salam Ramadhan...

    ReplyDelete
  11. memg kampung-kampung tersebut perlukan pembelaan..kesian tengok..diorang nk lari kt mana lagi kalau pembangunan menghimpit kampung2 mereka..nak ditelan mati emak.nak diluah mati bapa..sedeh-sedeh

    ReplyDelete
  12. Kedua-dua kampung tersebut menggambarkan kemiskinanan dan kemunduran dari segi infrastruktur dan imejnya. Cogan kata yang digunakan melambangkan ketidakpuashati segelintir penduduk terhadap kerajaan dalam membangunkan negara ini. Hal ini terjadi mungkin kerana kenaikan beberapa harga barangan seperti minyak ,gula dan sebagainya.

    ReplyDelete
  13. slogan yang dipamerkan di sebuah kedai makan di pekan Gelang Patah menunjukkan ketidakpuasan hati penduduk tempatan terhadap kesan pembangunan yang tidak seimbang yang telah mereka alami. Siapakah pembela nasib mereka?

    ReplyDelete