Sunday, July 25, 2010

Renungan Sejenak..






Saturday, July 24, 2010

Newurbanism ( Overall)

Pembangunan baru yang menerapkan prinsip-prinsip pembangunan fizikal yang pintar di Malaysia adalah seperti Bandar Putrajaya, Cyberjaya dan Subang Jaya. Pembangunan bandar2 ini mengambarkan fenomena bandar pintar berdasarkan falsafah kehidupan berkualiti. Falsafah yang digunakan ialah "Falsafah Holistik" yang mana mempunyai kaitan rapat dengan keperluan manusia dengan keperluan manusia yang lain,keperluan manusia dengan persekitaran atau alam sekitar juga hubungan manusia dengan pencipta-Nya..

Pembangunan bandar pintar yang digunapakai ini menitikberatkan pemeliharaan dan pengekalan alam sekitar untuk mengekalkan kualiti hidup yang lestari kepada penduduknya. Hal ini kerana untuk mencapai matlamat kehidupan bandar yang berkualiti, lestari serta kualiti hidup manusia yang tinggi termasuk mida, emosi dan pemikiran..

Suasana kehidupan yang harmoni kepada penduduk dengan adanya konsep urbanism ini.


Pembangunan di Putrajaya yang mempunyai kualiti senibina bandar dan senibina landskap yang menarik.



Panorama bandar yang mengaplikasiakan prinsip2 newurbanism pada waktu malam dengan menghidupkan suasana kawasan bandar serta menggalakan orang ramai untuk berjalan kaki.

Secara konklusinya, pembangunan bandar pintar di Malaysia ini bergantung kepada halatuju dan keupayaan masyarakat yang ingin dibangunkan. Oleh itu garis panduan pembangunan hendaklah perlu jelas agar pembangunan pintar di Malaysia ini dapat mengamalkan pembangunan pintar untuk kemudahan masyarakat setempat tersebut.

Monday, July 19, 2010

urban rural-fringe

Trend pembangunan dlm konteks Malaysia pada masa ini lebih menfokuskan kepada pembangunan yang ingin dilakukan dikawasan pinggir-pinggir bandar (urban rural-fringe). Konsep pembangunan kawasan pinggir bandar ialah kawasan dimana kawasan bandar mula memenuhi atau membuat pembangunan sehingga ke kawasan luar bandar.

Mengapakah ini berlaku?? Fenomena ini disebabkan oleh nilai tanah dikawsan pinggir bandar lebih murah berbanding dengan kawasan bandar, kurangnya masalah pencemaran dan juga jalan yang kurang sesak serta terdapat lebih banyak kawasan lapang di kawasan pinggir bandar.

Oleh sebab itu para pemaju di Malaysia mula berminat untuk menjalankan pembangunan dikawasan pinggir bnadar ini dengan melakukan pembangunan skim pembangunan perumahan, membina kawasan kilang dan juga pasaraya untuk memperolehi keuntungan yang lebih besar dengan membeli tanah di kawasan pinggir bandar.

Mungkin terdapat kebaikan dan kelebihan kepada sesetengah pihak sekiranya melakukan pembangunan di pinggir bandar tetapi masih mempunyai masalah dan juga isu yang timbul sekirannya fenomena ini tidak dikawal dan dibendung. Antara masalah yang timbul ialah sebahagian besar kawsan pinggir bandar ini akan hilang dan turut menjejaskan ciri2 atau identiti sesebauh kawasan pinggir bandar tersebut, masalah kesesakan lalu lintas mula timbul kerana kenderaan berat keluar masuk di kawasan tersebut dan mula berlaku pencemaran udara dan air di kawasan pinggir bandar akibat pembinaan kilang dan kawasan industri.

Pencegahan boleh dilakukan dengan mewujudkan "Green Belts" kerana tidak semua kawasan bandar ini dilingkari dengan lingkaran hijau. Konsep ini dibuat untuk menghalang perebakan bandar yang seterusnya menjejaskan kawasan pinggir bandar ini. Selain itu polisi kerajaan dapat membantu perancangan pembangunan di negara ini dengan menggariskan dasar-dasar melindungi kawasan pinngir bandar di Malaysia.


Sunday, July 18, 2010

hahaha...testing2....testing 1,2,3...

Blog sebagai landasan untuk kami bertukar-tukar pendapat dan pandangan terutama utk course my elektif- ( urban sprawl& smart growth)..disamping utk mengasah gaya penulisan saya sendri..bak kata pepatah yang saya baca dlm buku Dr.Hm Tuah" hidup ni xlengkap klu cuma pandai cakap tapi xpandai tulis...xlengkap gak klu pandai cakap,menulis tapi xbuat...so utk melengkapkn dri dan berusaha utk menjadi yg terbaik n luar biasa bagus maka tiga-tiga pakej ini perlu utk ditonjolkan"...

kata2 hikmah..Buat Jgn Tak Buat..

Urban Sprawl & Smart Growth

Saturday, July 17, 2010