Saturday, July 24, 2010

Newurbanism ( Overall)

Pembangunan baru yang menerapkan prinsip-prinsip pembangunan fizikal yang pintar di Malaysia adalah seperti Bandar Putrajaya, Cyberjaya dan Subang Jaya. Pembangunan bandar2 ini mengambarkan fenomena bandar pintar berdasarkan falsafah kehidupan berkualiti. Falsafah yang digunakan ialah "Falsafah Holistik" yang mana mempunyai kaitan rapat dengan keperluan manusia dengan keperluan manusia yang lain,keperluan manusia dengan persekitaran atau alam sekitar juga hubungan manusia dengan pencipta-Nya..

Pembangunan bandar pintar yang digunapakai ini menitikberatkan pemeliharaan dan pengekalan alam sekitar untuk mengekalkan kualiti hidup yang lestari kepada penduduknya. Hal ini kerana untuk mencapai matlamat kehidupan bandar yang berkualiti, lestari serta kualiti hidup manusia yang tinggi termasuk mida, emosi dan pemikiran..

Suasana kehidupan yang harmoni kepada penduduk dengan adanya konsep urbanism ini.


Pembangunan di Putrajaya yang mempunyai kualiti senibina bandar dan senibina landskap yang menarik.



Panorama bandar yang mengaplikasiakan prinsip2 newurbanism pada waktu malam dengan menghidupkan suasana kawasan bandar serta menggalakan orang ramai untuk berjalan kaki.

Secara konklusinya, pembangunan bandar pintar di Malaysia ini bergantung kepada halatuju dan keupayaan masyarakat yang ingin dibangunkan. Oleh itu garis panduan pembangunan hendaklah perlu jelas agar pembangunan pintar di Malaysia ini dapat mengamalkan pembangunan pintar untuk kemudahan masyarakat setempat tersebut.

11 comments:

  1. well done Diyana, Saya harap prinsip-prinsip ini dapat dihayati dalam konteks yang betul. Banyak juga pembangunan terancang di Malaysia menerapkan ciri-ciri ini. Salah satu sumbangan dari bidang perancangan jugak...jadilah pegawai perancang yang peka lagi baik.

    ReplyDelete
  2. insyallah dr..salah satu impian nk jadi perancang bandar yang baik dan dapat memberi manfaat kepada orang ramai..

    ReplyDelete
  3. xsalah kan klu de impian yg baik utk majukan dri sndr ngn org lain kn fatin..

    ReplyDelete
  4. pe la atin ni...bt2 la bg semangat kt dinot ni...tipu sunat..huhuhu

    ReplyDelete
  5. smart growth ni mmg pnting dlm mwujudkan bandar yg sihat dan berkualii.bukan nya hnya dipandang pd material shj.

    ReplyDelete
  6. tipu sunat ye diba..hehehe

    thanks atas respond yang dberikanb..=)

    ReplyDelete
  7. Bagi saya putrajaya adalah satu pembangunan yang mengikuti semua prinsip-prinsip urbanism. Ini kerana semua reka bentuknya,keadaan kawasan sekelilingnya yang mesra alam dan mempunyai kesinambung yang baik antara manusia,alam dan pencipta untuk memcapai pembangunan mampan.Konsep ini telah menjadikan putrajaya sebagai bandar dalam taman yang menjadi contoh pembangunan yang baik.

    ReplyDelete
  8. mmg x slh pn..ok cik dinot..??he2..

    x tau nk komen ape lg...otk da tepu...mmm..penekanan prinsip2 tersebut amatlah penting dan contoh yang diberikan juga mampu menggambarkan prinsip-prinsip new-urbanism.

    ReplyDelete
  9. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam di persekitarannya. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii di sekitarnya. Manusia adalah khalifah Allah S.W.T. yang diturunkan ke dunia ini sebagai pentadbir dan pengurus yang bertanggungjawab ke atas pembangunan di dunia ini. Sebagai khalifah, manusia diberikan Allah S.W.T. kemampuan untuk memahami ciri-ciri tabii alam secara terbatas. Tujuannya tidak lain semata-mata untuk memudahkan urusannya dalam mentadbir alam ini.

    Oleh itu,Maqasid al-syariah perlulah dijadikan teras kepada proses kemajuan sesebuah negara iaitu dalam keadaan kemajuan yang dicita-citakan itu mestilah kemajuan yang menghasilkan kebaikan (al-maslahah) dan menolak keburukan (al-mafsadah) bagi rakyat negara tersebut,untuk kedua-dua dimensi, dunia dan akhirat. Kemajuan
    perlulah dilihat sebagai maslahah dan sekiranya ia tidak mampu memelihara maslahah, maka negara tersebut tidak dianggap sebagai negara yang maju menurut perspektif Islam.

    Sebagaimana FirmanNya;
    'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda -tanda bagi orang yang berakal '.
    (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata). " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka"

    (Surah Ali 'lmran: 190-191)

    Salam Keberkatan,
    YB BLOGGER PEMBELA NEGARA

    PB:LAWATAN SEHARI KE LAMAN GELAKETAWA

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum... pandangan anda tentang alam, manusia dan keTuhanan amat baik. Segala perancangan yang baik pasti tidak boleh lari daripada landasan agama - Allah Maha Pencipta maka segala2 yg kita bina mestilah menghormati alam dan penciptanya. Namun manusia selalu mudah lupa, keghairahan utk mengaplikasi ilmu yg dipelajari menjadikan alam ini bahan ekperimen mereka. apa yg pasti sesuatu yg telah diganggu gugat sukar utk dipulihkan dn kebayakannya memakan diri sendiri seperti kejadian Highland Tower dll yg membwa maut.
    Merujuk kpd Cyberjaya yg diwara-warakan pd th 1997 sebagai bandar pintar tidak seperti yg diimpikan. Matlamat cukup ideal tetapi mengapa seperti melepaskan batok di tangga sahaja. Mana ahli dan cerdik pandai perancang bandar kita. Lanjutkan falsafah HM Tuah.. baca ...tulis... dan buat demi bangsa dan negara sbb negara2 jiran sentiasa ghairah dan bersedia utk menjadi intelligent city.

    ReplyDelete