Friday, August 27, 2010

Pembangunan Suburbanization di Malaysia

Rebakan bandar secara tidak terkawal dalam konteks Malaysia pada hari ini merupakan sesuatu masalah yang serius dan menjular dalam pembandaran negara. Isu ini telah menyebabkan kawasan-kawasan sekitarnya seperti kawasan pinggir bandar yang berhampiran telah turut sama hilang identitinya. Sebagai contoh yang jelas ialah kawasan pinggir bandar yang mana telah menerima impaknya dari aspek fizikal, sosioekonomi dan budaya setempat masyarakat tersebut.Tidak dinafikan isu ini masih memberi kesan yang positif kepada masyarakat setempat namun yang dapat diteliti bahawa lebih banyak kesan negatif dan yang paling membimbangkan sehingga menengelamkan kawasan kampung-kampung pinggir bandar tersebut. 
Oleh itu kemanakan arah tuju pembangunan pinggir bandar di negara ini dan sejauhmanakah masalah dan isu ini dapat diselesaikan? Adakah nasib penduduk setempat terbela? Apakah langkah dan pihak manakah yang perlu mengambil tindakan dan meneruskan legasi untuk mempertahankan identiti atau imej masyarakat melalui cara hidup dan budaya masyarakat setempat serta memperjuangkan nasib mereke daripada diperjudikan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan sahaja?


  Keadaan semasa kampung pinggir bandar di negara ini yang kelihatan daif.

Sunday, August 22, 2010

AIR MATA IBU~DATO' CT NURHALIZA

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu


 *TERIMA KASIH IBU...PN RAMNAH BT IBRAHIM JASAMU AKAN KU KENANG SELAMANYA DAN BUDI MU AKAN CUBA KU BALAS..SAYA SAYANG IBU..


 

Sunday, August 15, 2010

Lawatan tapak di pinggir bandar Metropolitan Johor Bahru

Terdapat beberapa isu dan masalah yang melanda penduduk kampung pinggir bandar di Johor Bahru yang secara langsung membuka mata dan paradigma saya sendiri tentang nasib mereka di tengah-tengah arus pembangunan Johor Bahru yang kian pesat membangun. Antara isu yang dapat dilihat ialah masa depan penduduk kampung ini seperti " berada dihujung tanduk". Contoh yang ketara ialah Kg Melayu Lima Kedai dimana penduduk tempatan seperti menanti pembangunan datang kepada mereka dan seterusnya mengenggelamkan mereka dan seterusnya imej kampung tersebut hilang begitu sahaja.
Jalan pintu masuk Kg Melayu Lima Kedai yang kelihatan sempit
             Kawasan sekitar Kg Melayu Lima Kedai yang dijadikan tempat perbuangan bahan pembinaan.

Kawasan Pekan Lama Gelang Patah  juga kelihatan seperti "hidup segan mati tak mahu" dimana pekan kecil ini seolah2 mati. Walaupun tidak berkesempatan untuk menanyakan  luahan isi hati penduduk setempat disitu akan keadaan yang menghimpit mereka tetapi saya sendiri telah memabaca kain rentang mutiara kata yang digantung di salah sebuah kedai makan di pekan tersebut. Setelah membaca kata2 tersebut ini jelas membuktikan bahawa penduduk setempat terasa terhimpit dengan masalah arus pembangunan yang menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa di tanah mereka sendiri.Adakah penduduk tempatan sama-sama menikmati faedah pembangunan yang dijalankan pada masa kini?






Monday, August 2, 2010

Rebakan Bandar (Urban Sprawl)

Dewasa ini isu rebakan bandar telah lama bertapak dan diperkatakan serta menular dalam pembangunan negara pada masa ini. Isu ini terjadi akibat tekanan pembangunan yang pesat dan tidak terkawal.

Penyumbang faktor utama kepada berlakunya masalah ini ialah persaingan guna tanah dikawasan bandar yang tinggi telah menyebabkan pembangunan beralih ke pinggir-pinggir bandar. Hal ini kerana permintaan tinggi terhadap penempatan penduduk dari masa ke masa. Tidak dinafikan juga bahawa terdapat faktor-faktor lain seperti faktor migrasi dari luar bandar ke bandar untuk mendpatkan peluang pekerjaan bagi memperbaiki taraf hidup mereka. Keadaan ini menyebabkan pertambahan penduduk di bandar untuk menampungjumlah popilasi tersebut. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan kawasan bandar telah merebak secara meluas.


Akibat daripada isu ini telah berlaku masalah-masalah kepada penduduk setempat seperti sempadan wilayah tidak dapat dikenalpasti dan turut menyebabkan konflik dalam kawasan pentabiran perancangan. Selain itu, timbul masalah-masalah sosial yang akan merendahkan taraf kualiti hidup masyarakat kerana tempat tinggal yang didiami tiada perancangan yang baik seperti sistem peparitan,bekalan air dan elektrik dan sebagainya.

Oleh itu kawalan pembagunan perlu dilaksanakan secara tegas dengan menyediakan polisi perancangan pembangunan untuk digunapakai dan diaplikasikan dalam dunia sebenar perancang. Susun atur pembangunan perlu menitikberatkan aspek yang seimbang dari sudut fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar dan memstikan isu rebakan bandar yang mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat dapat ditangani dengan segera.