Monday, August 2, 2010

Rebakan Bandar (Urban Sprawl)

Dewasa ini isu rebakan bandar telah lama bertapak dan diperkatakan serta menular dalam pembangunan negara pada masa ini. Isu ini terjadi akibat tekanan pembangunan yang pesat dan tidak terkawal.

Penyumbang faktor utama kepada berlakunya masalah ini ialah persaingan guna tanah dikawasan bandar yang tinggi telah menyebabkan pembangunan beralih ke pinggir-pinggir bandar. Hal ini kerana permintaan tinggi terhadap penempatan penduduk dari masa ke masa. Tidak dinafikan juga bahawa terdapat faktor-faktor lain seperti faktor migrasi dari luar bandar ke bandar untuk mendpatkan peluang pekerjaan bagi memperbaiki taraf hidup mereka. Keadaan ini menyebabkan pertambahan penduduk di bandar untuk menampungjumlah popilasi tersebut. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan kawasan bandar telah merebak secara meluas.


Akibat daripada isu ini telah berlaku masalah-masalah kepada penduduk setempat seperti sempadan wilayah tidak dapat dikenalpasti dan turut menyebabkan konflik dalam kawasan pentabiran perancangan. Selain itu, timbul masalah-masalah sosial yang akan merendahkan taraf kualiti hidup masyarakat kerana tempat tinggal yang didiami tiada perancangan yang baik seperti sistem peparitan,bekalan air dan elektrik dan sebagainya.

Oleh itu kawalan pembagunan perlu dilaksanakan secara tegas dengan menyediakan polisi perancangan pembangunan untuk digunapakai dan diaplikasikan dalam dunia sebenar perancang. Susun atur pembangunan perlu menitikberatkan aspek yang seimbang dari sudut fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar dan memstikan isu rebakan bandar yang mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat dapat ditangani dengan segera.

11 comments:

  1. Bagus Diyana, teruskan memikir isu-isu penting dalam perancangan. Jadilah planner yang menyumbang... This tuesday (10/8)11.00 ada kelas dgn dr Ibrahim - rural planning (bilik seminar)untuk semua. Kelas elektif ganti masa rural planning, khamis 9.00(12/8) di makmal.Harap dapat beritahu rakan-rakan. Keep on writing and give comments.

    ReplyDelete
  2. Salam ukhwah saudari...

    Perancang @ Merancang @ Dirancang @ Terancang ??
    hehehe
    Gud blog.....

    ReplyDelete
  3. Bagi menyelesaikan konflik-konflik yang berlaku..pihak berkuasa tempatan perlu mengenal pasti dari awal lagi kemungkinan berlakunya masalah ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  4. saya setuju dengan saudari nordiyana,saya berpendapat bahawa pertumbuhan dan pekembangan yang terlalu tertumpu kepada pusat bandar menyebabkan populasi penduduk meningkatd dan memberikan banyak konflik-konflik sehingga menyebabkan rebakan bandar berlaku.Ini kerana pusat bandar tidak mampu lagi menanggung pertumbuhan masa akan datang kerana keadaan pusat bandar yang terlalu komplex.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. masalah dan konflik akan timbul kesan daripada rebakan bandar contohnya pertambahan bilangan penduduk, percanggahan dalam aktiviti gunatanah dan pencemaran alam. oleh itu, pihak yang terlibat seharusnya memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini dengan mengawal pemabngunan yang hendak dijalankan supaya dapat mewujudkan pembangunan yang seimbang ddan meminimukan kesan yang membawa keburukan kepada semua pihak.

    ReplyDelete
  7. setuju dengan pendapat diana iaitu pertambahan penduduk merupakan salah satu faktor isu tersebut berlaku. apabila bandar semakin sesak dengan penduduk,maka alternatif yang dilakukan adalah mencari tanah baru untuk mengembangkan pembangunan di samping menyediakan petempatan baru bagi penduduk-penduduk. hal ini telah berlaku di Jb,Lembah Klang dan di bndar-bandar metropolitan.

    ReplyDelete
  8. Isu persaingan guna tanah merupakan faktor utama kenapa wujudnya penyelerakan bandar ke pinggir bandar.Persaingan guna tanah berlaku bukan sahaja disebabkan oleh pertambahan penduduk ,tetapi juga disebabkan oleh kerakusan pemaju-pemaju mendapatkan keuntungan dengan terbinanya pembangunan di kawasan pinggir bandar.

    ReplyDelete
  9. Tindakan kawalan pembangunan yang digunapakai sekarang merupakan antara yang terbaik. Akan tetapi, masalah-masalah lain yang sebenarnya menyebabkan kawalan perancangan tersebut nampak pincang. Masalah seperti integriti dan kuasa politik menyebabkan kawalan pembangunan tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya. Persoalannya disini, siapa yang bersalah, undang-undang atau pihak-pihak yang tamakkan harta dunia sahaja??anda sendiri perlu fikirkannya.

    ReplyDelete
  10. terdapat pelbagai faktor yang telah menjadi penyumbang kepada permasalahan rebakan bandar seperti yang telah dihuraikan oleh dinot. mungkin kawalan pembangunan yang dijalankan oleh pihak berwajib adalah langkah yang bagus namun tindakan tersebut haruslah dilakukan secara terperinca dan konsisten.

    ReplyDelete
  11. menjawab persoalan en muhammad..jika kita menunding jari antara satu sama lain sampai bila permasalahan tidak akan selesai..tindakan dan usaha untuk mengatasinya adalah lebih penting dengan saling bekerjasama dan mencari punca sehingga ke akar umbi dan membenteras mereka yang memikirkan keuntungan duniawi semata2..sama2 menjadi perancang yang baik kepada masyarakat..

    ReplyDelete