Monday, July 19, 2010

urban rural-fringe

Trend pembangunan dlm konteks Malaysia pada masa ini lebih menfokuskan kepada pembangunan yang ingin dilakukan dikawasan pinggir-pinggir bandar (urban rural-fringe). Konsep pembangunan kawasan pinggir bandar ialah kawasan dimana kawasan bandar mula memenuhi atau membuat pembangunan sehingga ke kawasan luar bandar.

Mengapakah ini berlaku?? Fenomena ini disebabkan oleh nilai tanah dikawsan pinggir bandar lebih murah berbanding dengan kawasan bandar, kurangnya masalah pencemaran dan juga jalan yang kurang sesak serta terdapat lebih banyak kawasan lapang di kawasan pinggir bandar.

Oleh sebab itu para pemaju di Malaysia mula berminat untuk menjalankan pembangunan dikawasan pinggir bnadar ini dengan melakukan pembangunan skim pembangunan perumahan, membina kawasan kilang dan juga pasaraya untuk memperolehi keuntungan yang lebih besar dengan membeli tanah di kawasan pinggir bandar.

Mungkin terdapat kebaikan dan kelebihan kepada sesetengah pihak sekiranya melakukan pembangunan di pinggir bandar tetapi masih mempunyai masalah dan juga isu yang timbul sekirannya fenomena ini tidak dikawal dan dibendung. Antara masalah yang timbul ialah sebahagian besar kawsan pinggir bandar ini akan hilang dan turut menjejaskan ciri2 atau identiti sesebauh kawasan pinggir bandar tersebut, masalah kesesakan lalu lintas mula timbul kerana kenderaan berat keluar masuk di kawasan tersebut dan mula berlaku pencemaran udara dan air di kawasan pinggir bandar akibat pembinaan kilang dan kawasan industri.

Pencegahan boleh dilakukan dengan mewujudkan "Green Belts" kerana tidak semua kawasan bandar ini dilingkari dengan lingkaran hijau. Konsep ini dibuat untuk menghalang perebakan bandar yang seterusnya menjejaskan kawasan pinggir bandar ini. Selain itu polisi kerajaan dapat membantu perancangan pembangunan di negara ini dengan menggariskan dasar-dasar melindungi kawasan pinngir bandar di Malaysia.


9 comments:

  1. memang betul adanya pembangunan kawasan pinggir bandar ada buruk dan baiknya.Tetapi apa yang lebih diperhatikan adalah banyaknya keburukan daripada kebaikannya dari segi pencemaran alam sekitar,hilangnya identiti kawasan luar bandar dan masalah kesesakan.oleh itu kita sebagai perancang yang bijak perlu mengatasi masalah tersebut daripada ia terus membelenggu penduduk.

    ReplyDelete
  2. Setiap pembangunan yang dijalankan ada kebaikan dan keburukannya. setuju dengan pendapat norhasliza, pembangunan yang dijalankan di pinggir bandar banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Pencemaran alam sekitar, kesesakan lalulintas merupakan antara masalah yang akan timbul hasil daripada pembangunan yang dilaksankan.

    ReplyDelete
  3. pembangunan pinggir bandar sememang nya perlu dikawal bagi mengelakkan kita dari kehilangan warisan kampung2 tradisi. cara hidup masyrakat luar bandar yang unik boleh dijadikan tarikan dan asas rujukan cara hidup bagi masyarakat moden.

    ReplyDelete
  4. Saya sependapat dengan kamu diana. Dunia kini yang semakin sesak menyebabkan segelintir pihak mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Harga tanah yang murah mendorong masalah ini berlanjutan.Jadi perkara ini perlu diatasi dengan segera untuk mengelakkan semakin banyak kawasan pinggir bandar mengalami tekanan pembangunan sedia ada.

    ReplyDelete
  5. erm...da bnyk sgt pmbngunan yg dilakukan..shinggakan tiada ruang lg..kesannya,kawasan jd padat.kini, kawasan pingir pula yg mnjdi mgsa..ad baik buruknya jika pmbngunan dilakukan di pinggir bndar,ttp biarlah ciri2 asalnya dikekalkan

    ReplyDelete
  6. ni seorang pengembara singgah sekejap melihat blog...kawan2nya..hhee..menarik blog ilmiah ....dinot@diana teruskan berblog....

    ReplyDelete
  7. hehe..tq bob..klu de komen or idea jgn segan2 lontarkan kar blog ni..

    ReplyDelete
  8. konsep green belt yang diketengahkan bagi mengatasi masalah urban fringe adalah salah satu langkah yang bijak selain mengekalkan bumi hijau ianya juga dapay memberi manfaat kepada penduduk asal di pinggir bandar terbabit.

    ReplyDelete
  9. saya setuju dengan saudari nordiyana, saya berpendapat bahawa sebagai seorang perancang bandar perlulah menitikberatkan semua aspek perancang bagi mengekalkan kesejahteraan alam semulajadi dan kepada pihak kerajaan perlulah menguatkuasaan undang dalam setiap penyediaan projek pembangunan di kawasan pinggir bandar.Oleh itu, kepada semua pihak-pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil perhatian yang lebih bagi mengelakkan berlakunya masalah rebakan bandar di pinggir bandar berlaku.

    ReplyDelete