Sunday, October 10, 2010

Pengalaman Survey

Pada tarikh 5.10.2010 seramai 12 orang pelajar elektif rural SBP 3423(termasuk penulis) telah membuat survey dengan kerjasama kariah Masjid Taman Perling untuk mendapatkan biodata penduduk & beberapa soal selidik tentang kualiti hidup mereka dari aspek keselamatan, kebersihan dan juga persekitaran hidup yang mereka lalui dan fokus utama kami adalah penduduk tempatan/ orang melayu..Disampaing itu kajian dibaut untuk menyelami permasalahan yang dihadapi oleh mereka dari segi kehendak dan keperluan hidup yang mereka inginkan di kawasan tempat tinggal mereka itu..

Pada pukul 9.00 a.m kami berkumpul ditapak FAB dan disebabkan tempahan bas xdapat pelepasan maka kereta encik Muhd dan juga kereta Dr Anaur menjadi pengangkutan kami untuk pergi ke Taman Perling..(terima kasih DR Anuar& Mr. APAi) ...Anggaran masa 9.30 a.m kami bertolak ke destinasi yang ditutju..samapi je kami berkumpul dulu dikawasan Masji Taman Perling untuk berjumpa dengan pengerusi Masjid dan melihat kawasan sekitar tempat survey..taklimat dberi oleh DR Anuar dan Tuan Pengerusi Masjid serta edaran kertas survey diberi sebelum kami memulakan soal selidik..

Lepas tu sebelum start survey perancangan dan pembahagian group dbuat...part ini penting utk memastikan keselamatan kami dan cara yang efektif untuk memperolehi keputusan survey..setiap group ada 2 orang dan sy bersama2 ngan Adibah Hudri(Pn Adibah..hehehe)..Maka bermula la tugasan survey kami dan sy dan diba perlu cover utk blok Z dulu..Maklumlah yang tempat kitorang survey ini rumah flat dan de 4 tingkat maka kne la panjat tangga..Risau gak ngan diba time 2 sbb kne naik byk tangga n minta dia cover aras bawah jer tapi ngn penuh yakin diba kate" xpe diba ok jer"..mmg kuat semangat betul bakal ibu anak ke-2 kita ni & sangat respect pada semangatnya...

Perasaan excited sedikit menurun dimana bila ketuk pintu xdgr orang kuar n untuk 1 blok Z tu aje kami hanya dapat 3 borang sahaja untuk diisi..mungkin masa xsesuai sbb time kitaorang pergi waktu orng tengah bekerja so xde orang kat rumah..tp de gak 1 rumah ini sgt ramah ngn kami n makcik 2 da tinggal kat kawasan tersebut dlm lebih kurang 20 tahun..terima kasih atas keramahan dan kerjasama yang diberikan..=)

Lepas abis cover blok Z kami pon cari blok lain yang belum di survey oleh pelajar lain...kebanyakkan flat yang berhampiran ngan masjid ni ramai etrdiri daripada orang bukan melayu so xbyk maklumat yg kami perolehi daripada orang melayu untuk membantu menjawab soal kaji selidik kami..Bila sume dah berkumpul 1 tempat kami pon bergerak ke kawasan flat yang bersebelahan untuk meneruskan visi dan misi kami..hehehe

Blok yang perlu kami cover kali ni plak ialah blok K n first umah yang kami pergi ini mmg bernasib baik sbb akk ni siap keluarkan kueh raya n minuman utk dijamu pada kami..dpt la kami sejukkan tekak ni sbb time 2 mmg matahari tgk terik(time 12.30 tghari)..byk gak idea dan pndt akk ni yang boleh kami gunakan utk analisis kami ini daripada masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan tersebut..kira2 selesai 2 buah rumah disurvey ketua kami pon call utk antar kami ke kawasan masjid utk berehat n mendirikan solat...(makanan disediakan tu..terima kasih kepada jwtnkuasa Masjid Taman Perling)..

Selesai berehat, makan n solat kami mulakan lagi tugasan sbb target kami masih lagi jauh untuk mencapai sasaran..hanya kira2 seorang dapat cover antara 6-8 soalan survey sahaja..Oleh itu usaha perlu diteruskan untuk mendapatkan lebih ramai respondent dan memudahkan analisis dibuat..Semangat baru ni lps berehat n kali ini rasa beruntung sbb kebanyakkan tiap aras yg kami pergi dirumah tersebut ..mula rasa seronok untuk wat survey n sampai masa berlalu pon takk sedar..selesai blok yang perlu dicover tu masa pon menunjukkan pukul 4.00 p.m..(waktu balik slps penat survey..hihi)

Selepas berkumpul n call Dr Anuar kami pon dihantar pulang ke utm semula n alhamdulilah sampai je bilik masing2 hujan baru turun..maknanye sepanjang survey dijalankan cuaca dalam keadaan baik dan semuanya berjalan lancar dan tiada kecederaan atau masalah yang serius berlaku antara kami...Wlpn lth tp byk perkara yang dipelajari dari segi pengalaman:

1) Perancangan- sangat penting sebelum memulakan sesuatu n supaya hasil yg diperolehi adalah efektif
2) Kerjasama- perlu memberi kerjasama antara ahli kumpulan dan juga respondent
(sikap hormat-menghormati)
3) Kemahiran komunikasi- pendekatan yang sesuai untuk menyampaikan soalan dan maklumat kepada    golongan yang didampingi.
4)Pengawalan- mengawal tempoh soal selidik dengan baik disamping dapat bersosial dgn masyarakat tersebut.
5)Persediaan mental& fizikal - mampu menghadapi pelbagai situasi sepanjang survey dijalankan dari aspek cuaca dan juga kerjasama yang kurang diberikan oleh penduduk...
Semaoga pengajaran dan pengalaman ini dapat mematangkan diri saya sendiri dan memberi panduan kepada kehidupan perancangan dunia sebenar pada masa akan datang..


6 comments:

  1. Bagus Diyana..jelas dan terang. Anda pelajar yang prihatin. Pengalaman baru dapat menjadikan kita lebih tabah dan bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  2. di dalam pahit terselit manisnya...di dalam susah ad senangnye.. walaupon pada mulenye respon yg diberi oleh penduduk adalah kurang menyenangkan namun berbeza pada waktu ptgnye...dan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan..

    ReplyDelete
  3. setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. seperti juga dalam survey yang kita jalankan. ada sesetengah penghuni kurang memberi kerjasan tetapi disebabkan inilah kita dapat mengambil pengajaran dan ianya juga mengajar erti kesabaran dalam melakukan seseuatu.

    ReplyDelete
  4. dlm apa jua yg kita lakukan,kita mestilah bersabar dgn segla apa yg akan terjadi serta apa yg telah ditentukan..tentu kesudahannya akan menjdi baik..Insyaallah

    ReplyDelete
  5. well done dinot!!!!!!!!!!!!!!huhuhuh..sonok jd partner time survey ari tu...mcm2 ragam dan gelak tawa...pahit manis kita berdua...penat tp kita sering xkering gusi...

    ReplyDelete
  6. dinot, kalau kite kuat semangat n bersatu hati mesti kite bleh buat servey ni dgn lebih baik

    ReplyDelete