Pembangunan baru yang menerapkan prinsip-prinsip pembangunan fizikal yang pintar di Malaysia adalah seperti Bandar Putrajaya, Cyberjaya dan Subang Jaya. Pembangunan bandar2 ini mengambarkan fenomena bandar pintar berdasarkan falsafah kehidupan berkualiti. Falsafah yang digunakan ialah "Falsafah Holistik" yang mana mempunyai kaitan rapat dengan keperluan manusia dengan keperluan manusia yang lain,keperluan manusia dengan persekitaran atau alam sekitar juga hubungan manusia dengan pencipta-Nya..
Pembangunan bandar pintar yang digunapakai ini menitikberatkan pemeliharaan dan pengekalan alam sekitar untuk mengekalkan kualiti hidup yang lestari kepada penduduknya. Hal ini kerana untuk mencapai matlamat kehidupan bandar yang berkualiti, lestari serta kualiti hidup manusia yang tinggi termasuk mida, emosi dan pemikiran..
Suasana kehidupan yang harmoni kepada penduduk dengan adanya konsep urbanism ini.Pembangunan di Putrajaya yang mempunyai kualiti senibina bandar dan senibina landskap yang menarik.

Panorama bandar yang mengaplikasiakan prinsip2 newurbanism pada waktu malam dengan menghidupkan suasana kawasan bandar serta menggalakan orang ramai untuk berjalan kaki.
Secara konklusinya, pembangunan bandar pintar di Malaysia ini bergantung kepada halatuju dan keupayaan masyarakat yang ingin dibangunkan. Oleh itu garis panduan pembangunan hendaklah perlu jelas agar pembangunan pintar di Malaysia ini dapat mengamalkan pembangunan pintar untuk kemudahan masyarakat setempat tersebut.